23 September 2015

Gempak! Makanan Tambahan di Dada Akhbar Hari Ini

Gempak! Makanan Tambahan di Dada Akhbar Hari Ini


Kepentingan Suplemen :
(1) Memulih dan Memelihara Kesihatan
  • Gaya hidup rakyat yg kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka berpotensi untuk mendapat penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos, dan hormon. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.

(2) Menyingkirkan toksik dalam badan
  • Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dgn pengambilan suplemen yg mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.

(3) Mendapatkan berat ideal dan potongan badan yang cantik.
  • Pengambilan chitosan dpt membantu mereka yg menglami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan.

(4) Meningkatkan tenaga
  • Pengambilan suplemen tertentu mampu meningkatkan tenaga.

(5) Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
  • Ambillah suplemen yang berfungsi mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaa buah pinggang. Dengan ini meningkatkan kemampuan penyembuhan daripada penyakit.
 

Terima Kasih

Hari Arafah 9 Zulhijjah

Hari Arafah 9 Zulhijjah

Assalamualaikum....
Waktu Arafah ialah bermula waktu Asar hingga Maghrib pada 9 Zulhijah iaitu 3.41pm hingga 6.27 pm bersamaan 8.41 hingga 11.27 pm Malaysia....
Malaikat memenuhi ruang langit untuk mengaminkan doa, Allah memenuhi hampir kesemua doa hambaNya....
Ambil peluang ini, jangan terlalai dengan hiburan dunia dgn perkara lain, tinggalkan perkara lain....
Banyakkan doa apa yg kita inginkan. Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah. Sama2lah kita berdoa. Mudah-mudahan mendapat pertimbangan dan keredhaanNya. Amiin.
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindingi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu kepadakku
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah yang menunaikan Haji.
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32. Segala puji bagiMu ya ALLAH yang menyelamatkan aku daripada ujian berat yang tak mampu aku tanggung. Segala puji bagiMu atas limpahan kemuliaan melebihi orang lain.
33. Ya ALLAH, kurniakan keampunanMu, kasih sayangMu, keselamatanMu, perlindunganMu, kesihatanMu, kesejahteraanMu, taufiq dan hidayahMu kepada kedua ibu ayahku, suamiku, adik2ku, sahabat2ku, kaum keluargaku & muslim muslimat, samada yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
34. Ya ALLAH, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian pencapaian yang hebat pada Nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, rahmat yang Engkau kurniakan, rezeki yang Engkau limpahkan, mudarat yang Engkau selamatkan, bala yang Engkau angkatkan, fitnah yang Engkau jauhkan, keburukan yang Engkau hindarkan. Berkatilah hasil yang Engkau kurniakan padaku, berkati negeraku.
35. Ya ALLAH, banyakkanlah hartaku dan zuriatku, berilah aku kekuatan & kemudahan untuk mengandungkan, membesarkan & mendidik mereka menjadi hamba yg soleh solehah serta berilah keberkatan dalam setiap apa yang Engkau kurniakan padaku. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu. Perbaikilah amalanku. Ampunkan aku.
36. Ya ALLAH, limpahkan perasaan cintaku kepada hambaMu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku. Sungguh, aku berlindung kepadaMu daripada hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, kawan yang buruk, dan jiran yang jahat di tempat tinggalku. Aku berlindung kepadaMu daripada kehilangan nikmatMu, hilangnya afiat yang Engkau berikan, kemurkaanMu yang datang secara tiba2 dan keseluruhan kemurkaanMu. Segala puji bagiMu yang melindungi kami daripada sebarang kejahatan.
37. Ya ALLAH, hidupkan aku selagi kehidupan itu mendatangkan kebaikan kepadaku dan matikanlah aku jika kematian itu yang lebih baik bagiku dan jadikanlah kehidupan itu penambah kepada pahalaku dan kematian itu kerehatan daripada segala kejahatan. Sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaikilah juga akhlakku. Tolonglah aku ya ALLAH, agar dapat berzikir mengingatiMu, bersyukur padaMu, perelokkanlah ibadahku padaMu.
38. Sesungguhnya, cukuplah Engkau sebagai penolongku, Engkau sebaik2 tempat aku serahkan segala urusanku. Kurniakanlah segala kebaikan buat dunia & akhirat kami ya ALLAH.
39. Perkenankanlah ya ALLAH, perkenankan, perkenankanlah. Sesungguhnya Engkau sebaik2 perkenan doa hamba yg lemah, aaamin, amin, ya rabbal 'alamin.
Semoga bermanfaat.

Terima Kasih

22 September 2015

4 Hari Bila Tua

4 Hari Bila Tua

Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin tidak menyeronokkan?

SATU
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada.
Hikmahnya : Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.


DUA
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya : Bangunlah untuk berqiamulail, mengerjakan solat2 sunat seperti tahajud, solat taubat & lain2.


TIGA
Bila tua, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak lagi ada rancangan tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca AlQuran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusaha lah untuk khatam.


EMPAT
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh mengurus masa dengan lebih bermanfaat.
Sisa2 usia yang dipinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu dan lain2 program yg berfaedah.


Allah masih sayang kepada kita... diberi peluang untuk baiki keadaan sebelum terlambat.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anggun Jelita Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign